Laman Blog ini dibina sebagai satu wacana penyebaran informasi berkaitan hal ehwal kepenggunaan disamping memberi peluang kepada masyarakat setempat menyalurkan sebarang aduan yang relevan dengan hak-hak mereka sebagai pengguna.
Keistimewaan blog ini ialah sidang redaksinya yang terdiri dari berbagai latar belakang akademik, bangsa, agama, idelogi dan sebagainya. Mereka merupakan anak watan yang bergabung tenaga, masa, kepakaran dan sebagainya demi memartabatkan komuniti pengguna setempat, negeri dan negara. Ahli-ahli SPM merupakan sukarelawan yang akan berusaha mendidik dan membela nasib pengguna khususnya di Kota Marudu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa SPM merupakan blog bersekutu berkaitan kepenggunaan yang pertama di Malaysia. Harapan kami semoga SPM terus maju seiring dengan hasrat murni pihak kerajaan membentuk masyarakat pengguna Malaysia yang bijak.
No comments:
Post a Comment