SELAMATKAN AHLI KELUARGA KITA
Kehidupan semakin canggih. Produk barangan dan perkhidmatan semakin berlambak di pasaran. Pengguna semakin banyak pilihan namun semakin keliru. Semua syarikat pengeluar mewar-warkan produk mereka yang terbaik, paling berkualiti, paling enak, paling murah dan berbagai tawaran mengiurkan. Mereka menyedari bahawa pengguna biasanya membuat keputusan pembelian berdasarkan iklan dan pengaruh media pengiklanan.
Sebagai ibu-bapa kita mestilah mendidik ahli keluarga untuk menjadi pengguna atau pembeli yang lebih bijak; lebih mengutamakan nilai pembelian yang berbaloi dan paling penting iannya berkhasiat, berkualiti , terjamin dan selamat. Anak-anak hendaklah dibimbing agar tidak membeli mengikut iklan semata-mata sebaliknya haruslah merujuk kepada ibu-bapa atau guru-guru. Elakkan barangan tiruan yang murah tetapi merugikan, dan sebagainya.
Ibu-bapa juga hendaklah dari masa ke semasa mendidik anak-anak tentang HAK-HAK PENGGUNA. Membimbing mereka menjadi Perancang Kewangan bagi diri sendiri, dan sentiasa memantau anak-anak.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTahniah atas pengujudan blog ini.
Semoga ia dapat mendidik pengguna disamping menyatupadukan mereka dalam menghadapi isu-isu kepenggunaan seperti kenaikan harga barang.
zahari baharum
bekas guru SMK Kota Marudu 70an