
(Gambar: paparan oleh Berita Harian Online 7.3.2011 mengenai kewujudan ubat-ubatan kapsul mengandungi gelatin babi).
Sudah acapkali pengguna tertipu atau terpedaya atau tidak tahu hal sebenar tentang sesuatu produk kerana pihak pengeluar bersikap tidak jujur atau sambil lewa atau tidak prihatin dengan hak-hak pengguna.
Pengguna seharusnya diberi informasi seawal mungkin tentang produk-produk tidak halal termasuk ubat-ubatan yang misalnya mengandungi gelatin babi dan sebagainya.
Pihak SPM sependapat dengan masyarakat dan persatuan-persatuan pengguna bahawa semua pihak mestilah memenuhi hak-hak pengguna seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment