[Sila Klik Pada Imej Untuk Pembesaran Saiz]
Sumber: PIDM Online di URL: http://www.pidm.gov.my/getattachment/5b444594-e647-4bbf-9800-aac250578df4/Lindungi-Wang-Pengguna-(1).aspx
Menu Box
Daun Kiri
Daun Kanan
Tuesday, 15 March 2011
Friday, 11 March 2011
HAK MENDAPAT KESELESAAN DAN KESELAMATAN
Para pemilik rumah di taman-taman perumahan, yang membeli rumah, yang membayar cukai pintu dan lain-lain perkhidmatan, mempunyai hak untuk mendapat keselesaan dan keselamatan.

(Gambar banjir di B3, Tmn. T&G III, Kota Marudu. 11.3.2011)
Banjir kilat mungkin disebabkan oleh beberapa perkara misalnya sistem perparitan yang lemah, tak ikut spesefikasi, penyelenggaraan yang jarang atau tidak dilakukan, dan sebagainya. Ini belum termasuk taman-taman perumahan yang tidak mempunyai lampu jalan. Belum termasuk sistem kumbahan yang tersumbat dan sebagainya. Ini perlu disedari oleh setiap pengguna. Hak pengguna untuk bersuara. Hak pengguna untuk diselesaikan masalah mereka.

Tuesday, 8 March 2011
HALAL OH HALAL...
BENAR HALAL ATAU LOGONYA SAJA?
-Androd Sadian
Sejauhmana kita sebagai pengguna yakin dengan status HALAL sesuatu produk makanan di pasaran kita? Siapakah yang sepatutnya melekatkan label itu? Apakah prosedur mendapatkan logo halal itu sudah cukup memadai atau perlu penambahbaikan agar masyarakat pengguna benar-benar yakin? SPM berpendapat bahawa pemeriksaan atau pemantauan lebih kerap perlu dilakukan terhadap premis-premis yang telah mendapat status logo halal, dan membuat penyiasatan tanpa perlu menunggu aduan terhadap premis-premis pengeluaran yang diragukan status halalnya.
Tinjauan pendapat di kalangan para pengguna di daerah Kota Marudu mendapati segelintir pengguna Muslim masih merasa ragu-ragu dengan status halal. "Saya merancang untuk menternak ayam, menyembelih dan memprosesnya sendiri," ujar seorang rakan. Ini menunjukkan beliau meragui status halal produk makanan di pasaran masa kini.

Sunday, 6 March 2011
BERSAMA MENDIDIK PENGGUNA
KUASA FACEBOOK!
Masyarakat pengguna Facebook dialu-alukan untuk sama-sama menyelitkan unsur-unsur kepenggunaan dalam status mereka. Laman sosial facebook telah terbukti mampu mewujudkan satu gelora kesedaran dalam berbagai perkara dan ini seharusnya diimplementasikan dalam hal-hal pendidikan kepenggunaan.
SPM berharap kempen ini disambut baik oleh seluruh rakan-rakan facebook, bagaimanapun SPM menasihatkan agar status hendaklah dibuat secara berhemah dan bukannya secara semborono. Segala tulisan hendaklah berfakta dan dinyatakan sumbernya jika boleh.
SUDUT PANDANG...
AWASI ANAK KITA...
Penggunaan Internet semakin meluas dalam masyarakat. Hampir setiap rumah di kawasan bandar dan pekan sudah memiliki akses internet. Anak-anak semakin cenderung menjadi pengguna tetap internet untuk berbagai tujuan. Ibu-bapa diingatkan agar sentiasa memantau apa yang dilayari oleh anak-anak. Ibu-bapa disarankan memasang sistem keselamatan untuk mengawal anak-anak daripada melayari laman web lucah dan seumpamanya. Periksa juga e-mail mereka kerana sejak kebelakangan ini ada berbagai kaedah merosakkan dan cubaan menipu melalui e-mail. Permainan games online juga dikatakan boleh membahayakan anak-anak kerana sesetengah permainan itu "diprogramkan" dengan "serangan mental dan spritual", bagaimanapun perkara ini belum dibuktikan secara rasmi. Pendek kata semua ibu-bapa harus prihatin. Kecanggihan kekadang boleh menyebabkan insan kecundang...
JADILAH PENGGUNA CELIK
Terdapat banyak majalah dan laman web yang menyediakan berbagai informasi berkaitan kepenggunaan.

Antara yang paling menonjol ialah Utusan Pengguna (UP)yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Lihat gambar). UP kini tersebar luas di sekolah-sekolah untuk menjadikan generasi guru dan pelajar terdedah kepada informasi kepenggunaan.
Pihak SPM juga telah memudahkan pihak pembaca mengakses maklumat dengan hanya "klik" pada portal/web yang kami link. Bersamalah kita menjadi pengguna celik maklumat kearah pengguna bijak.

Saturday, 5 March 2011
HAK UNTUK MENDAPAT INFORMASI
Salah satu hak pengguna ialah mendapat pendidikan atau maklumat atau informasi yang betul.

(Gambar: paparan oleh Berita Harian Online 7.3.2011 mengenai kewujudan ubat-ubatan kapsul mengandungi gelatin babi).
Sudah acapkali pengguna tertipu atau terpedaya atau tidak tahu hal sebenar tentang sesuatu produk kerana pihak pengeluar bersikap tidak jujur atau sambil lewa atau tidak prihatin dengan hak-hak pengguna.
Pengguna seharusnya diberi informasi seawal mungkin tentang produk-produk tidak halal termasuk ubat-ubatan yang misalnya mengandungi gelatin babi dan sebagainya.
Pihak SPM sependapat dengan masyarakat dan persatuan-persatuan pengguna bahawa semua pihak mestilah memenuhi hak-hak pengguna seluruh dunia.

MASALAH AIR DI KOTA MARUDU
Sejak dulu hingga kini masyarakat pengguna air di daerah Kota Marudu sering merintih kerana sering berlaku ganguan bekalan air terutama ketika hujan lebat.

(Gambar: status facebook yang mengutarakan isu air bersih untuk pengguna di Kota Marudu)
Seluruh pengguna air di Kota Marudu merayu masalah ini diatasi segera. Pengguna berhak mendapat air bersih. Mereka membayar. Bukan percuma. Semoga paparan oleh pihak SPM ini boleh membantu pemimpin membuat rayuan ke atasan.

Friday, 4 March 2011
DARI MEJA KETUA PENGARANG
SELAMATKAN AHLI KELUARGA KITA
Kehidupan semakin canggih. Produk barangan dan perkhidmatan semakin berlambak di pasaran. Pengguna semakin banyak pilihan namun semakin keliru. Semua syarikat pengeluar mewar-warkan produk mereka yang terbaik, paling berkualiti, paling enak, paling murah dan berbagai tawaran mengiurkan. Mereka menyedari bahawa pengguna biasanya membuat keputusan pembelian berdasarkan iklan dan pengaruh media pengiklanan.
Sebagai ibu-bapa kita mestilah mendidik ahli keluarga untuk menjadi pengguna atau pembeli yang lebih bijak; lebih mengutamakan nilai pembelian yang berbaloi dan paling penting iannya berkhasiat, berkualiti , terjamin dan selamat. Anak-anak hendaklah dibimbing agar tidak membeli mengikut iklan semata-mata sebaliknya haruslah merujuk kepada ibu-bapa atau guru-guru. Elakkan barangan tiruan yang murah tetapi merugikan, dan sebagainya.
Ibu-bapa juga hendaklah dari masa ke semasa mendidik anak-anak tentang HAK-HAK PENGGUNA. Membimbing mereka menjadi Perancang Kewangan bagi diri sendiri, dan sentiasa memantau anak-anak.
JOM KITA SERTAI!
Mari beramai-ramai kita sertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011. Selain mendapatkan hadiah-hadiah istimewa, penyertaan kita juga mampu memberi kita berbagai ilmu pengetahuan. Jadilah PENGGUNA BIJAK! Hari Ini dan selamanya. - SPM.
Keterangan lanjut sila layari: http://www.mypengguna.com/.

TAHUKAH KITA?
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
Latar Belakang
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkusa pada 15.11.1999. Akta ini mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal , award-award Tribunal dan sebagainya.
Objektif Penubuhan Tribunal
Tribunal Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Sebelum penubuhan Tribunal ini segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM 5,000.00.
(Sumber: Tuntutan Tribunal Sabah)Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

Thursday, 3 March 2011
SEJAUHMANA AMARAN MEMBERI KESAN BERHENTI MEROKOK?
Sejauhmana pengguna (perokok) berhenti merokok kerana paparan gambar-gambar penyakit yang diwajibkan dipamer pada pembungkus rokok? Ini satu persoalan menarik yang perlu dikaji secara ilmiah.

(Gambar: terima kasih kepada pihak syarikat pengeluar rokok yang mematuhi peraturan ditetapkan pihak kerajaan)
SPM: Merokok membakar wang anda dan merosakkan kesihatan.

JALAN TERUK, LAMPU TIADA
Pihak SPM menerima aduan pengguna jalan Tandek-Morion, Kota Marudu yang mengatakan keadaan jalan sangat teruk terutama jika hujan. Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan lampu jalan yang boleh mengundang masalah kerana kawasan ini banyak haiwan berkeliaran semasa malam terutamanya lembu dan kerbau.

(Gambar: Keadaan jalan Tandek-Morion semasa malam)
Pihak SPM berharap masalah ini dapat diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.

CONTOH SUARA PENGGUNA MARUDU
Salah satu hak rakyat sesebuah negara ialah Hak Mendapat Keperluan Asas yang memenuhi standard atau piawaian.
Rakyat khususnya para pemilik kenderaan berlesen mempunyai hak untuk menikmati kemudahan jalan raya yang berkualiti dan selamat. Tambahan pula mereka membayar cukai jalan yang diperbaharuhi setiap tahun.
Terdapat banyak rungutan pengguna jalan raya sekitar daerah Kota Marudu yang sangat kecewa dengan tahap kualiti jalan raya.

(Lokasi: jalan Kg.Bunsadan. Sumber gambar: SAM).
Gambar di atas adalah contoh keadaan jalan yang boleh dianggap menyusahkan pengguna. Berkat kesedaran pengguna dan perjuangan team "Suara Anak Marudu", jalan ini kini telah diperbaiki. Inilah yang kita mahu; masyarakat pengguna yang cekap bersuara dan tindakan pantas pihak berkenaan mengambil langkah pembaikan.
SPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak SAM yang berani memperjuangkan kes jalan rosak di Kota Marudu. Peranan pihak NGO dan media amat penting dalam membantu pihak kerajaan mempertingkatkan kualiti pembangunan infrastruktur kepada pengguna (rakyat).
-"Pengguna Bijak, Negara Berkat"

MELAHIRKAN KOMUNITI PENGGUNA YANG BERINFORMASI
Laman Blog ini dibina sebagai satu wacana penyebaran informasi berkaitan hal ehwal kepenggunaan disamping memberi peluang kepada masyarakat setempat menyalurkan sebarang aduan yang relevan dengan hak-hak mereka sebagai pengguna.
Keistimewaan blog ini ialah sidang redaksinya yang terdiri dari berbagai latar belakang akademik, bangsa, agama, idelogi dan sebagainya. Mereka merupakan anak watan yang bergabung tenaga, masa, kepakaran dan sebagainya demi memartabatkan komuniti pengguna setempat, negeri dan negara. Ahli-ahli SPM merupakan sukarelawan yang akan berusaha mendidik dan membela nasib pengguna khususnya di Kota Marudu.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa SPM merupakan blog bersekutu berkaitan kepenggunaan yang pertama di Malaysia. Harapan kami semoga SPM terus maju seiring dengan hasrat murni pihak kerajaan membentuk masyarakat pengguna Malaysia yang bijak.

Subscribe to:
Comments (Atom)