Rakyat khususnya para pemilik kenderaan berlesen mempunyai hak untuk menikmati kemudahan jalan raya yang berkualiti dan selamat. Tambahan pula mereka membayar cukai jalan yang diperbaharuhi setiap tahun.
Terdapat banyak rungutan pengguna jalan raya sekitar daerah Kota Marudu yang sangat kecewa dengan tahap kualiti jalan raya.

(Lokasi: jalan Kg.Bunsadan. Sumber gambar: SAM).
Gambar di atas adalah contoh keadaan jalan yang boleh dianggap menyusahkan pengguna. Berkat kesedaran pengguna dan perjuangan team "Suara Anak Marudu", jalan ini kini telah diperbaiki. Inilah yang kita mahu; masyarakat pengguna yang cekap bersuara dan tindakan pantas pihak berkenaan mengambil langkah pembaikan.
SPM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak SAM yang berani memperjuangkan kes jalan rosak di Kota Marudu. Peranan pihak NGO dan media amat penting dalam membantu pihak kerajaan mempertingkatkan kualiti pembangunan infrastruktur kepada pengguna (rakyat).
-"Pengguna Bijak, Negara Berkat"
No comments:
Post a Comment